LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH


PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK 


Berikut merupakan teknik penyelesaian masalah berayat. 


LANGKAH 1 : MEMAHAMI MASALAH


Langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah murid perlu memahami dahulu masalah yang diberi. Murid-murid akan dibimbing untuk mengenalpasti :

(i) Apa yang diberi ?


  • Apakah nombor-nombor, bentuk-bentuk, perkaitan-perkaitan dan nilai-nilai yang terlibat?
(ii) Apa yang perlu dicari?
  • Guru boleh membantu pelajar memahami masalah dengan menyoal beberapa soalan yang telah disediakan. 

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan untuk menolong murid memahami masalah yang kompleks.















LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI

  1. Mengenalpasti operasi                                      
  2. Mengenalpasti strategi

Dalam merancang strategi, cuba kaitkan dengan pengalaman yang telah murid alami dalam menyelesaikan masalah sebelum ini. 

Operasi matematik apakah yang terlibat? Untuk mengenalpasti operasi matematik yang sesuai bagi menyelesaikan sesuatu masalah, murid haruslah


  • Mengenalpasti Kata kunci.
  • Memilih operasi yang sesuai berdasarkan kepeda kata kunci.





LANGKAH 3: MELAKSANAKAN STRATEGI


Untuk melaksanakan strategi,

(i) Menukar maklumat yang diberi itu kepada bentuk matematik,


(ii) Menyelesaikan masalah untuk mencari jawapan.




LANGKAH 4: MENULIS AYAT MATEMATIK



Akhirnya, tulis ayat matematik dengan menggunakan simbol matematik yang betul.




Secara kesimpulan, langkah-langkah dalam penyelesaian masalah adalah seperti berikut.


No comments:

Post a Comment

PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK TAHUN 1